Monday, May 25, 2009

NUKILAN TENTANG KEIKHLASAN HATI......


Mei akan melabuhkan tirainya beberapa hari lagi. Jun pula akan membuka lembarannya... Andai dihitung hari, semakin hari usia kita semakin meningkat. Dari zaman kanak2 akn melangkah zaman remaja, seterusnya dewasa dan tua. Sedarkah kita pada satu kalimah yang tak mungkin tercapai maksudnya hanye dengan menyebutnya… iaitu “IKHLAS.”. pernahkah kita terfikir……………….

Ikhlaskah kita dalam melakukan Sesuatu pekerjaan?
Ikhlaskah kita menyayangi seseorang?
Ikhlaskah kita dalam mengabdikan diri pada yang Maha Esa?
Ikhlaskah kita dalam setiap lafaz yang dibicarakan dalam doa pada yang maha esa?
Ikhlaskah kita dalam persahabatan?
Ikhlaskah kita dalam setiap tutur bicara kita?
Ikhlaskah kita berkorban demi ibu dan ayah tercinta?
Ikhlaskah kita menyayangi mereka?

Semuanya terlalu sukar untuk dijawab. Hanya Allah sahaja yang tahu sejauh mana keikhlasan kita. Kerana Dia lebih mengetahui apa yang tersirat dalam hati setiap hambaNYA. Nukilan ini hanyalah untuk sama2 kita muhasabah diri kita sendiri. Andai tercuit di hati satu keterpaksaan dalam melakukan semua itu cepat2lh kita beristighfar agar terasa nikmatnya kemanisan iman itu.. kerana dengan keikhlasan dan ketulusan hati jiwa akan terasa tenang. Sama2lah kita pupuk rase ikhlas dlm hati kita ini agar setiap amalan dan perbuatan yang dilakukan sentiasa di bawah Rahmat dan Redha Ilahi…. Terasa takutkan bila memikirkan kelak setiap amalan kita akan dihitung. Terasa bekalan belum mencukupi untuk menuju hari yang kekal abadi . sama2 lah kita persiapkan diri kita dengan amal soleh sebagai bekalan menghadap yang Maha Esa.

Wednesday, May 20, 2009

SECEBIS KENANGAN HARI GURU 2009......

Sebahagian daripada warga pendidik S.K.T yang setia berkhidmat menabur bakti kepada anak didiknya demi melahirkan generasi yang cemerlang akademik dan sahsiah.
Sejuknye hati bila tengok murid2 khusyuk mendengar bacaan perutusan oleh PK ko S.K.T dan Pn. Zainab bt. Md. Nor.....

Ini dia wajah2 DJ S.K.T yg setia ditampilkan setiap kali adenye majlis...
Bersama kak marina DJ popular S.K.T..
Jeng...jeng...jeng.. ini dia Putri Annur dari Kayangan S.K.T.. hehehe..
jgn jeles yer...
Persembahan nasyid bahasa arab yang
bertajuk
" SEKOLAHKU" dari murid 3 Jaya. Semoga kalian dapat menguasai bahasa arab dengan baik. Itu doa ustazahmu...
Pelajar 3 Maju sedang mendendangkan nasyid dalam bahasa arab yang bertajuk
" SAHABATKU".. Tahniah wahai pelajarku... walaupun malu2 tapi dpt mendendangkan nasyid dengan baik.











Friday, May 15, 2009

HADIAH HARI GURU......

Untungnye jd cikgu ni ye. Kad Hari Guru dpt, hadiah pun dpt cuma kad jemputan je x dpt lg. hehe.. ( keluar topik dh tu. kua3) Ni Hadiah hari guru dr razi. Thank you razi. Tahun dpn bglh yg lg besar ye.ha3...

KAD HARI GURU 2009.....

Klu dulu dapat ucapan hari guru melalui sms dan kad capan yang dihantar melalui pos atau individu, tp kini semuanya dihujung jari kita. Hanya kelik, dpt berhubung dengan sesiapa sahaja. sempena hari guru tahun ni, lg best sb dpt kad hari guru secara online. kepada sahabat blog terima kasih byk2 ye. Pada yang melayari blog AN-NUR, ambklh kad Hari Guru Yang ade dlm blog sy. pilih je mane berkenan. hehe...

Kad Hari Guru dari Bukit Akim. Terima Kasih Cikgu Kamal.

Yang ni pula Kad Hari Guru dari kak ummie eriey. Terima kasih akak jgn lupa pilih kad Hari Guru dlm blog yus. Ambil je yg mane berkenan. hehe..

Dan yg ni pula kad dr Along. Thank you along. Nnti ambklh kad dr blog Annur pula ye.. hehe..



EULOGI BUAT CIKGU.......


Tanggal 16 Mei menjadi topik utama yang sering diperkatakan sejak akhir2 ni tak kiralh sebagai topic perbincangan, perbualan dan drama2 dalam televisyen juga turut menyiarkan kisah2 yang berhubungkait dengan pengorbanan insan ini. Tarikh keramat ini mengingatkan kita pada insan yang bergelar pendidik, yang tidak pernah jemu mencurahkan bakti, menyampaikan ilmu berguna pada anak didiknya disamping penerapan nilai-nilai murni agar pelajarnya cemerlang akademik dan sahsiah. EULOGI BUAT CIKGU ku tujukan khas buat semua insan yang bergelar pendidik di walau di mana jua anda berada.

Cikgu! satu panggilan yang amat bernilai
Menggambar seorang insan yang tak jemu mendidik
Ibarat lilin yang menerangi dimalam hari
Menyinari hati setiap anak didik


Setiap saat kau berfikir
Teknik terbaik memberi kefahaman pada pelajarmu
Sungguh budimu terlalu luhur
Tak terbalas budimu guru

Indahnya akhlakmu menjadi pedoman
Akhlak mulia menjadi amalan
Bakti yang dicurah penuh keikhlasan
Hanya pada yang Maha Esa keberkatan dipohon


SELAMAT HARI GURU
HAPPY TEACHERS DAY
عِيْدُ الْمُعَلِّمِيْنَ

{ لِكُلِّ الْمُعَلِّمِينَ وَالْمُعَلِّمَاتِ أَدْعُوْكُمْ بِالتَّوْفِيْقِ وَالنَّجَاحِ في الدُّنْيَا وَالأَخِرَةْ }
















Thursday, May 14, 2009

CORETAN KHAS BUAT GURU-GURUKU.......

Gagah berdiri menabur bakti

Untuk Agama, Bangsa dan Negara

Redha dan ikhlas mencurahkan ilmu dan bakti

Uumpama cahaya menyinari jiwa


16 Mei semakin hampir, mengingatkan aku pada insan yang bergelar pendidik. Yang tidak pernah jemu mencurah ilmu dan nasihat, agar pelajarnya cemerlang akademik dan sahsiah. Teringat daku di zaman persekolahan. Bersama teman mengorak langkah mencari setitik ilmu sebagai pedoman. Kenakalanku yang memeningkan kepala guru-guru. Indahnya kenangan itu. Nama Yusma terbit dari bibir seoran guru yang amat aku sayangi. Banyak memberi semangat dan dorongan padaku untuk terus mengorak langkah kehadapan. Katanya dia lebih suka memanggilku dengan nama Yusma dari nama asalku, kekallah nama tu hingga kini. Ustazah Norhidayu itulh guru kesayanganku, namanya tersemat hingga kini, menjadi idola utama ku. Kelembutannya dalam mendidik kami semua sentiasa tersemai indah dijiwa. Di mana ustazah sekarang? Yus doakan semoga ustazah sentiasa di bawah rahmat dan inayah yang Maha kuasa. Tak lupa juga pada Ustaz Nasir, Ustaz Abdullah, Ustazah sabariah, cikgu Raudah, cikgu Saudah, Ustazah Azlina, teacher kartini , sir Rosman yg kini PK 1 tempat aku mengajar sekarang, cikgu silmi, cikgu Roslan dan semua guru-guru yang pernah mengajarku dari Sekolah Kebangsaan Sungai Pas, SMU (A) Al-Saadah Mengkebang dan SMU (A) Rahmaniah Kuala Krai. SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA KALIAN SEMUA. DOAkan kejayaan pelajarmu ini di Dunia jua di Akhirat.

USRATIL HABIBAH............

Khusyuknye.. bincang ape tu? hehe.. inilh dia dua insan yang paling berharga dan istimewa dlm hidupku. Tp sayang, gambar tak brape jelas.. ape2 pun,knalkn nilh mak n ayah pujaan hatiku. Dua insan yg tlh byk berkorban utk kami adik-beradik. Dgn ssh pyh merekalh kami berjaya kini. Jasa mak n ayah akn Ma kenang sampai bila2. Berkat doa mak n ayah lh Ma berjaya bergelar guru kini. Doakan Ma dan adik2 agar berjaya di Dunia dan Di Akhirat, serta menjadi anak yang soleh dan solehah. Insya Allah... Amin....
Ni adikku yg ketiga. gmbr ni di ambil mase g dftr pljr baru kat KUIS, sama tempat blajar dgn adik aku yg kedua. juga dlm bidang Syariah dan Undang2. blajar rajin2, jgn dok bercinta plk kat sane, igt pesan mak ayah. Belajar bersungguh2. kejar cita2 dulu sebelum mengejar cinta ye.. tiru mcm kak long ni. ha3..
Ni pula adikku yang kedua. Masih belajar kat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), dalam bidang Syariah dan undang2. Tahniah!! akak ucapkan sebab berjaya dapat Anugerah Dekan dlm Exam Semester lepas. Truskan berusaha. Selamat Maju Jaya.. Ape2 pun jgn lupa belanja akak bla blk nnti ye..

Wednesday, May 13, 2009

CINTA SEJATI.....




Ramai yang mencari apa itu cinta sejati? Cinta sejati sentiasa dicari kerana ianya akan kekal selamanya dihati. Dengan mengingatinya jiwa terasa tenang, bahagia dan gembira. Cinta sesama manusia akan lebih utuh andai disirami dan dibajai dengan cinta pada yang maha esa, menyusuri onak dan liku kehidupan dengan rahmat dan redha yang Maha Kuasa. Itulah kemanisan dan kenikmatan cinta sejati yang kekal abadi.




Cinta sejati sentiasa di hati


Ianya tetap utuh walau badai melanda


NamaNya sentiasa terpahat di hati


Takkan rugi dengan sentiasa mengingatinya


Apatah lagi mengagungkannya



Setiap saat bibir menuturkan namanya


Esok yang mendatang pasti bahagia


Jalan keimanan disusuri bersama


Agar hidup sentiasa dalam Rahmatnya


Takkan goyah iman di dada


Itulh dia cinta pada yang maha esa.




Tuhanku, janganlah Kau menjauh


Hatiku selalu rindu untuk bertemu denganMuTuhanku,


bimbinglah daku dalam cintaMu

Tunjukkanlah padaku jalan kebenaran

Siramilah jiwa ini dengan kasih sayangMu

Agar dapat kupetik buah cintaMu yang abadi dalam hidupku




Semua kata cinta di dalam dunia ini

akan kubungkus dan kurangkai di dalam cintaMu

Menjadi sebuah cinta yang sejati




Tuhanku, aku hanya hambaMu yang lemah dan tiada berdaya

Mengharap damba dari segala damba dariMu

Janganlah hilangkan cintaMu dalam hatiku

Janganlah hilangkan kasihMu dalam jiwaku

SEBUAH PERTEMUAN........

Satu pertemuan yang tak disangka. Menjalinkan ikatan perasaan yang tulus ikhlas dan murni. Doaku moga ikatan ini berkekalan selamanya. khas buatmu (…………) kutujukan lagu ini. Hayatilah ia sepenuh hatimu....

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan,
tika aku Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Sunday, May 3, 2009

UNTUKMU PARA MUSLIMAH


Untukmu yang bergelar muslimah
Jadilah wanita yang beriman
Salutilah Hatimu dengan Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Sentiasalh Haus Dengan Ilmu dan pahala
Perbanyakkanlah amalanmu
Jadikanlah Solatmu sebagai maruah Dirimu
jadikanlah doa sebagai perisaimu
kerana DIA yang berkuasa atas segalanya

Beranilah menegakkan kebenaran
Janganlah Takut Berkata Benar
janganlah Gentar Untuk Melawan Nafsu
Sentiasalah Menjaga Tuturkatamu

Jgnlh bermegah dengan ilmu yang kau miliki
takkan rugi ilmu yang ada kau manfaati
janganlah bermegah dengan harta dunia yang kau cari
kerana ia hanya pinjaman semata

Sentiasalh Berbuat Kebaikan
Hormati dan berbaktilh kepada kedua ibu bapamu
kerana mereka kau lahir kedunia
kerana mereka kau kenal erti kehidupan
ingatlah......
wanita adalah hiasan Duniawi
seindah hiasan adalah
WANITA SOLEHAH

Friday, May 1, 2009

KENANGAN.........

Gambar ni diambil semasa g ambk first car aku kat Johor. ramai yg tanye nape ambk keta kat Johor? kat klntn dah habis keta ke? ha3... jwpn aku senang je, biarlh rahsia.. ha3.. rase mcm mimpi dpt drive keta sendiri. Gen2 lg. Mase ni abg aku yg drive, mklmlh dpt keta sblm dpt lesen. kali ke3 test JPJ bru lulus.. huhu...

MY BEST FRIEND......


Klu nk knl, ni lh ani,kwn baik aku. Cantik tak? kami satu fakulti n satu tutorial mase bljr kat KUIM dulu, Dengan dialh aku byk kongsi cite, tak kiralh cite gembira ke cite sedih. byk yg kami kongsi bersama. Ponteng kelas pn same2.. ha3.. ani ni pun guru jqaf jga mengaja kat KL. Msh igt lg hari pertama aku knl si ani nih. klakar sggh klu diknang kembali. tapi biarlh rahsia tu aku dgn ani je yang tahu.ha3.. jdlh guru yg baik mcm aku ni deh. ha3... jgn lupa nk mkn nasi myk jemput aku. haha.... SEMOGA UKHUWWAH KITA BERKEKALAN SELAMANYA..

HADIAH DARI RAZI

Alahai, dh lh lpr, razi plk bg kek ni. cantik tak kek ni? tp klu dpt mkn lg cantik.. ha3.. terisi jgk perut kosong ni. ha3.. thanks razi. lain kali bglh hadiah lg....