KU TUJUKAN LAGU INI KHAS BUAT GURU-GURUKU YANG TELAH MENDIDIKKU TANPA MENGENAL ERTI PENAT DAN LELAH. BERKAT ILMU YANG DICURAHAN AKU KINI BERGELAR GURU. AKANKU LAKSANAKAN AMANAH INI DENGAN PENUH ISTIQAMAH DAN IKHLAS HANYA SEMATA-MATA KERANA
DIA YANG MAHA ESA. INSYA ALLAH.
Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
harus ke hadapan
Aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
( TERIMA KASIH GURU-GURUKU, KERANAMU KU BERGELAR GURU KINI)
No comments:
Post a Comment