Wednesday, July 8, 2009

DIARI SEBUAH KEHIDUPAN...

Perjalanan hidup kita ibarat satu roda yang sering berputar. Destinasi yang sentiasa berubah mengikut pusingan roda. Semakin lama ia berpusing, semakin jauhlh perjalanan kita. Dan tak mungkin bg setiap destinasi itu situasi yang sama.

Peredaran masa mengubah segala2nya, samada Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual. Dari pemikiran kanak2 mejadi lebih dewasa dan lebih matang. Dpt membezakn antara yang baik dan yang buruk dengan pertimbangan akal yang bertunjangkan penghayatan dan keimanan pada Yang Maha Agung.

Betapa indahnya ciptaan Allah untuk manusia, dikurniakn akal untuk berfikir, membuat penilaian, membuat keputusan agar tindakan yang dibuat tidak mengikut nafsu semata.

Alam perkahwinan akan ditempuhi oleh semua tanpa mengira umur, pangkat dan darjat. Perkara yng paling utama adalah pertimbangan akal dan keimanan kepada Allah memainkan peranan utama. Sikap saling bertolak ansur, saling percaya mempercayai, saling hormat menghormati, saling sayang menyayangi, saling nasihat menasihati amat penting dalam rumahtangga. Isteri yang taat pada suami selagi tidak bertentangan dengan syara’ dan suami yang sedia menerima teguran Dan nasihat dari isteri akan mengekalkan kebahagiaan sebuah mahligai yang dibina. Dalam kehidupan yang bergelar muslim dan muslimah yang paling penting adalah kasih yang disemai seiring dengan kasih pada Pencipta Rabbul ‘Izzati.

Ini cuma pendapat dari yusma yang masih lagi terlalu muda dlm menilai erti kehidupan. Mungkin pembaca blog An-Nur ni yg dah lma mengenal erti kehidupan blh lh berkonsi pendapat.. sekali imbas ianya seolah2 mudah untuk diamalkn, tp segala2nya terpulang pada pengalaman masing2. Semua ni hasil perkongsian pendapat dengan insan2 yg telah lama mengharungi pelbagai kisah kehidupan.

Walau ape pun, bg yusma hati kita adalah tunjang utama bagi segala2nya. Ape yang difikirkn oleh akal lahir dari hati dan perbuatan yang zahir itu datangnya dari hati dan akal. Jd sama2lh kita mendekatkn diri pada Yang Maha Kuasa agar ape yang kita lakukan mendapat Rahmat dan Redha Ilahi.

Buat insan yang teristimewa, yusma sgt bersyukur dipetemukan dengan insan sepertimu, kehadiranmu amat bermakna buatku. Terima kasih kerana sudi menerima yusma seadanya. Keikhlasan abg amat yusma sanjungi. Yusma mengharapkan agar abang bimbinglh dan didiklh yusma bila kita selamat diijabkabulkan kelak. Agar mahligai yang kita bina sentiasa di bawah Rahmat, Redha dan Lindungan Yang Maha Esa.. Insya Allah……………………………….

No comments:

Post a Comment