Wednesday, April 14, 2010

SALAM PERPISAHAN BUAT GURU BESAR S.K.T....

Jazakillahi khairan kasiran lilmudirah madrasah ibtidaiyyah bitemalir ( as-sayyidah Hajah Azizah binti Mat Zin) likulli ikhtiyaruha litajdidul hazal madrasah ibtidaan min sanatein samaniyah waalfaini hatta sanatein 'asyarah waalfain. hiya mudirati min madrasatun sabiq qabla naqaltu ila madrasah ibtidaiyyah jalan raja muda abdul aziz haza sanah. ad'uha bittaufiq wannajah fil madrasah jadidah.
Jutaan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pn. Hjh. Azizah bt. Mat Zin Guru Besar Sekolah Kebangsaan Temalir di atas semua jasa dan perubahan yang beliau lakukan semenjak menerajui kepimpinan Sekolah Kebangsaan Temalir bermula pada tahun 2008 hingga 2010. Beliau merupakan mantan guru besar Yusma ketika yusma berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Temalir sebelum yusma berpindah ke Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda pada Januari lepas. saya doakan semoga beliau berjaya dalam menerajui puncak pimpinan di sekolah baru dan menjadi seorang pemimpin yang berkalibel dan berkarisma.
Buat Puan Hjh. Azizah bt. Mat zin jasamu sentiasa dikenang selamanya.

E.E.G TEST

Ni lah ujian E.E.G yg yusma kena buat pagi tadi kat HKL. ( bkn gmbr yusma ni) gmbr ni ambk kat internet je sbb kna buka tudung x leh upload kat sini. tapi ujiannya lbh kurang mcm ni lh. Masa test tu yusma x rase ape2 cuma lps tu je pitam jap sb pening. Klu iktkn test ni x skt dan x de side effect. yusma pitam mungkin sb yusma dh rase pening dr pg tadi lg. harapnye x de ape2 yg memudaratkn lh. keputusannya akn dpt pada 18 mei nnti. hari ni yusma MC lg sb gi buat test ni.

Monday, April 12, 2010

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 (SKJRM)





Hujung minggu baru ni ( 10 April 2010 - Sabtu )sklh yusma buat Kem Bestari Solat Siri 1 disebabkan oleh kengkangan masa dengan aktiviti sekolah yang padat, program x dpt dijalankn seperti yang dirancangkan jd minggu lepas barulh kami dapat mencelah untuk buat KBS. program ni melibat semua murid yang beragama islam dari tahun 1 hingga tahun 6 ( lebih kurang 800 orang murid) dan juga melibatkan semua guru (seramai 60 orang guru). bagi guru yang bukan beragama islam mereka ditugaskan dibahagian makan dan minum fasilitator dan pelajar manakala semua guru yang beragama islam sebagai fasilitator.
Setiap kelas akan dikendalikan oleh 2 orang guru. program bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Alhamdulillah program berjalandengan jayanya hasil kerjasama semua guru SKJRM.
(Sorry, x de gmbr prgrm. yusma lupa bawa kamera. Ambk gmbr dlm intrnt je. he2)

HKL dan IJN



Salam semua, ape khabar? harap2 sihatlah ye. yusma pula bru dua minggu ni chat ckit, bru dpt pi ngajar direct satu minggu klu x dh byk kali yusma ambl MC. sekali fikir kesian kat murid2 dah byk mereka ketinggalan subjek bahasa arab tapi apekan daya yusma,Mmg yusma btl2 x sihat bru2 ni. sekarang pun yusma masih lg mengikuti appointment di Institut jantung Negaran (IJN) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). yusma syukur sangat sebab pihak sekolah memahami keadaan yusma. semuanya sentiasa memberikan yusma semangat, dorongan serta nasihat. Alhamdulillah sekarang yusma dah beransur pulih n dh dpt mengajar seperti biasa. cuma hari rabu ni yusma ade lagi appointment kat HKL untuk buat ujian E.E.G ( nama penuh ujian ni yusma x ingat. He2). Doakan semoga yusma x de ape2 masalh kesihatan ye.

Wednesday, February 3, 2010

SEK. KEB. JLN. RAJA MUDA ABDUL AZIZ


Salam semua.. Selamat bersua kembali. Lamanya yusma menyepikan diri. Hari ni baru berpeluang untuk entry new post for my blog. bukan x nak post entry baru tapi tak mengizinkan, lepas je kawin yusma terus buat proses pertukaran sekolah. minggu kedua persekolahan yusma dapat transfer ke sekolah baru.Maklumlah nak sentiasa dekat dengan insan tercinta walau berjauhan dengan ibu n ayah tersayang tapi kerana kasih pada suami rela ku turutkan. hehehe..
ni lah gambaran ringkas tentang sekolah baru yusma ( SK. Jln. Raja Muda). Alhamdulillah setakat berada disini yusma rasa selesa dan persekitaran kerje yang seronok. walaupun masih baru tapi yusma dah boleh sesuaikan diri kat sini. Di sini yusma mengajar bahasa arab untuk semua kelas tahap 1 iaitu tahun 1,2 dan 3, kesemuanya 12 kelas. jumlah guru pula lebih kurang 60 orang. Guru besarnya En. Mohd Taufik b. Salleh. untuk cerita seterusnya akan yusma upload entry kemudian nanti. Yusma ade hal ni kena pergi dulu.
ilalliqa'....... jumpa lagi.... wslm....

Tuesday, December 22, 2009

TARIKH BERSEJARAH (29 NOVEMBER 2009)













Ikatan kasih termeterai kini, dua hati menjadi satu, moga kasih yang bersemi tetap subur bersama Rahmat Yang Maha Kuasa.

Dengan sekali lafaz sahlah kini Yusma bergelar isteri kepada insan yang amat istimewa iaitu Noor Imam bin Mohammed.
Ya Allah Ya Tuhan kami
jadikanlah rumah tangga kami ini
seindah rumahtangga Adam & Hawa A.S
setabah Ibrahim & Hajar A.S
sebahagia Yusuf & Zulaikha A.S
sesetia Sulaiman & Balqis A.S
sesuci Muhammad S.A.W & Siti Khadijah A.S
murahkanlah rezeki kami
panjangkanlah umur kami
dekatkanlah kami kepada kebaikan
jauhkanlah kami dari keburukan
kurniakanlah kami kebahagiaan dunia dan akhirat
amin ya rabbal alamin

PADA SEMUA SAHABAT DAN TAULAN DOAKAN KEBAHAGIAAN YUSMA HINGGA KE AKHIRNYA YER.

Monday, September 7, 2009

KISAHKU DI BULAN RAMADHAN.....


Salam semua. Lamanye yusma x up date blog. Nk kata busy x jgk biasa2 aje. Ntahlh x de idea yg blh dikongsi. Tp ari ni yusma nk kongsi citer psl perangai yusma yg x brp jurus ni. ha3...
Kisahnye mcm ni, sepanjang bln ramadhan ni, menu yg ade kat atas tu lh menjadi menu wajib yusma setiap hari sepanjang ramadhan ni. x de slh satu dr menu tu x seleralh nk bersahur. Nk di jadikn crite, ade satu hari tu ayh x bli ikan patin atau ikan keli utk yusma. yusma pn ape lg tarik muncung 14 lh. ha3... ayh pun dh tgk ank dia ni dh tarik muncung 14, trus ambk motor pi cri ikn keli. tp dh hbs. Ksian ayh terpaksa redah hujan semata2 nk g cri ikn keli utk ank sulung dia ni.
Skali fkr mcm budak2 perangai yusma ni kn. Mak pula pujuk x pe lh klu x de ikn keli kta bli telur masin blh.. Mmg kegemaran yusma 3 menu ni lh ikn keli, ikn patin n telur masin. nk nangis rasenye bla dipujuk gitu rase bersalah pun ade jgk sbb susahkn ayah ngn mak.. dh nk jd istri org tp perangai mak oi x thulh nk ckp.
kesian ayh ngn mak kna layan kerenah ank dia yg sorg ni. lps ni suami yusma lh plk kna layan kerenah yusma ni. ksian abg kn dpt istri yg mcm ma ni. ha3... tp yusma ni bkn suka buat perangai sekali sekala tu biasalh nk bermanjalh katakn.. he2.. ye lh lps ni kn yusma akn jd istri org jd x blh lh nk bermanja ngn mak ayh lg. malu kat suami plk.. ha3.. jd mase blum kawin ni lh nk bermanja lbh ckit. betul x? tp jgn tiru perangai yusma ni ek. buat mak ayah susah hati je...
Besarnye pngorbanan mak ngn ayh pada kita semua kn. rase terharu sgt bila fkr setiap pengorbanan dan jasa yg tlh dicurahkn pada kita, tak terbalas rasenye semua tu. kerana merekalh kita wujud di dunia ni dan kerana doa mereka lh kita menjadi insan berguna kini.. kebahagiaan kita adalah kebahagian mereka... jd sama2lh kita membahagiakn mereka juga..