Thursday, April 30, 2009

KHAS BUATMU SAHABAT

Sahabat…
Kehadiranmu amat bermakna
Denganmu ku kenal erti kehidupan
Erti satu pengorbanan yang mulia

Demi sebuah persahabatan

Sahabat…
Sukarnya aku melupakan kalian
Suka duka kita lalui bersama
Onak dan duri ditempuhi bersama
Setiap kenangan terpahat diingatan


Sahabat….
Akrabnya persahabatan yang kita bina
Takkan goyah walau badai melanda
Takkan luput ukhuwwah yang terbina
Moga kita sentiasa dalam RahmatNYA


Sahabat….
Bersama kalian ku rasa senang
Susah senang dikongsi bersama
Indahnya saat waktu sama-sama berjuang
Berjuang mencari ILMU sebagai pedoman


Sahabat…
Moga kalian peroleh kejayaan
Kejayaan Dunia jua Akhirat
Moga hidup sentiasa diberkati
Gunalah ilmu yang ada untuk berbakti
Berbakti pada agama, bangsa dan Negara..

MAKSUD TERSIRAT..........


AKHLAK MULIA TUNTUTAN ILAHI


NIKMAT ILAHI SENTIASA DISYUKURI


NURUL IMAN MENERANGI HATI


USAHA DAN DOA MENGIRINGI AMALI


REDHA DENGAN KETENTUAN ILAHI

Sunday, April 26, 2009

BINGKISAN KASIH BUAT AYAHANDA DAN BONDA TERCINTA

Duhai ayahanda dan bonda
Keranamu aku kenal dunia
Kenal erti sebuah kehidupan
Kenal erti sebenar kasih sayang
Kenal erti sebuah persahabatan yang kudus
andai aku.
tanpa kasih sayang ayahanda dan bonda
tanpa doa restu kalian
siapalah aku kini?
berjayakah aku?
kasih sayang kalian terlalu kudus
keikhlasan terpancar diwajah masing2
terlalu mulia kasihmu ayahanda dan bonda
terlalu banyak jasa yang telah kau curahkan
nasihat dan tunjuk ajarmu
tetap menjadi pedomanku
akanku turuti setiap nasihatmu
akanku patuhi setiap suruhan yang Maha Esa
aku bersyukur pada yang Maha Esa
dikurniakan Ayahanda dan Bonda berhati Mulia
doa kudusnya sentiasa menemaniku
agarku berjaya di dunia jua di akhirat
agar manjadi anak yang solehah
berkat doa kudus itulah
kini aku telah berjaya
berjaya bergelar guru
diamanahkan mendidik anak bangsa
agar menjadi insan berilmu dan berakhlak mulia
terkadang aku tersasar
ayahanda dan bondalah
yang menyedarkanku kembali
pembakar semangat
dikala aku hampir berputus asa
tak mampu ku membalas jasa kalian
walau dengan duit berjuta
walau dengan harta bertimbun
walau dengan emas berkarun
hanya doaku buat ayahanda dan bonda
agar kalian sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Ilahi
agar bahagia di Dunia jua Di Akhirat
terima kasih duhai ayah
terima kasih duhai ibu
kasih sayang kalian tetap terpahat dihati
nasihat dan tunjuk ajar tetap menjadi inspirasiku
andai suatu hari
aku pergi tanpa sempat membalas jasa2mu
ampunilah aku
redhakanlah aku
doakanlah agar aku bersemadi dengan tenang

LILIN SEORANG GURU

KU TUJUKAN LAGU INI KHAS BUAT GURU-GURUKU YANG TELAH MENDIDIKKU TANPA MENGENAL ERTI PENAT DAN LELAH. BERKAT ILMU YANG DICURAHAN AKU KINI BERGELAR GURU. AKANKU LAKSANAKAN AMANAH INI DENGAN PENUH ISTIQAMAH DAN IKHLAS HANYA SEMATA-MATA KERANA
DIA YANG MAHA ESA. INSYA ALLAH.


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
harus ke hadapan

Aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

( TERIMA KASIH GURU-GURUKU, KERANAMU KU BERGELAR GURU KINI)

KENANGAN TERINDAH

Syukur Alhamdulillah, Berkat doa Ayahanda dan Bonda tercinta selepas mendapat Ijazah Pertamaku di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada tahun 2006, Pada tahun 2008 sekali lagi aku berjaya melalui detik bersejarah ini dengan menerima Diploma Pendidikan dari Institut Perguruan Kota Bharu(IPKB) yang diadakan di Dewan Sri Siantan, Putrajaya.
Saat yang paling berharga ketika menerima Diploma Pendidikan. ku hadiahkan buat ayahanda dan bonda tercinta.
Gambar kenangan ketika konvokesyen bersama ibu tercinta, abang dan kakak iparku.

Inilah ibuku yang banyak memberi semangat dan dorongan kepadaku sehingga kini. Berkat doa ayahanda dan bonda tercinta jadilah aku seperti sekarang. setia berbakti kepada agama, bangsa dan negara dalam mendidik anak bangsa tercinta.


Mak, ayah, abang dan kakak sumber ispirasiku. Tapi sayang, ayahku tak dapat hadir di hari konvokesyenku.




Bergambar di luar dewan konvokesyen bersama ibuku dan keluarga kakak iparku.



Bersantai selepas penat berposing.ha3..






Friday, April 10, 2009

MENGGAMIT MEMORI

Bergambar di hari akhir kursus KISSM. semuanya berseri2 mklmlh lps ni x terikat dgn assigmnt dah.

Yg ni pla, gmbr kenangan semasa hari akhir kursus KISSM kat dewan PSPN. Nilh sahabat sejati, enam dihati. ha3...


KENANGAN KURSUS BTN

Apalah yg kelakar sgt tu. semunya ceria walaupun penat slps jungle tracking. gmbr ni pn diambl semasa kursus BTN. Mmg best n enjoy kursus kat cni. walaupun ade kisah tersembunyi berlaku kat sini. Apepun biarlh aku n the geng je yg thu. ha3....


Sekali pandang mcm murid sklh rendah, bila 2 kalipandang rupa2nya barisan guru j-qaf sklh rendah. ha3.. nilah best friend aku mase kat maktab. paling kiri k.ma, k.da, k.mah, k.nor n yg montel2 tu akulh. ha3.. mase ni aku mmg montel ckit mklumlh hati snang, kami berenam sbnrya, sorg lg wani, kesian dia jd juru ambk gmbr. segala suka duka kami kongsi bersama. tu yg buat aku sayang kat kakak2 ni.

Kenangan bersama ahli kumpulan BAPA 4 bersama jurulatih kem semasa kursus BTN di terengganu. Kenangan bersama kalian tetap terpahat dimemori.














SANTAPAN ROHANI

GERSANG BUMI TANPA HUJAN,
GERSANG MINDA TANPA ILMU.
GERSANG HATI TANPA IMAN.
GERSANG JIWA TANPA AMAL.

Hayatilah mutiara kata tersebut dengan minda dan hati yang terbuka, dengannya dpt kita muhasabah diri kita sejauh manakah keimananan dan pengabdian kita pada yang maha esa dan sebanyak manakah bekalan amalan kita utk menuju hari yang kekal abadi. ilmu, iman dan amal ibarat satu tali persaudaraan yang tidak boleh diputuskn. kerana ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah, tidak dapat memberi manfaat pada pemiliknya..

Thursday, April 9, 2009

PERIHAL DIRIKU

Ni bru serba sedikit tntg diriku. ha3.. Aku ank sulung dr 6 org adik beradik. Semuanya 2 llaki, 4 perempuan. Adik2 ku semuanya msh bljr lg. Kira msh brt lg lh tanggungjwb mak ayh aku. So, sbg ank sulung aku lh yg b'tggjwb utk krgkn beban mak ayh aku. Ank sulung biasalh kna jd role model pd adik2. tp pyh jga sbnrnya sbb aku ni jns giler2 ckit. haha.. walau ape pn aku akn cba utk jd role model pd mereka. Thn ni 2 org adik aku akn m'duduki SPM dan yg bongsu akn m'duduki PMRU. aku doakn smoga mereka b'jaya. 2 org lg adik aku, yg no 2 skrg bljr kat KUIS, dlm bidang syariah dan undang2. yg no 3 plk ambl SPM thn lps. Mtk2lh dia dpt U thn ni. Cma aku jelh yg dh bekerja. x pe jd role model utk adik2. ha3..

RODA KEHIDUPAN

Kehidupan ibrt satu roda yang sering berputar, sentiasa berubah tanpa kita sedari begitulh dengan hidupku. dari ank seorg penoreh getah kini berglr seorg pendidik, semuanya berkat doa ayahanda dan bonda tercinta. Kerana azam utk mengubah nasib keluarga, usaha diiringi doa yg tidak putus maka jdlh aku seperti skrg. fuh.. berfalsafah plk. ha3. kpd semua slmt melayari blog ku ini. tu cma muqaddimah je. ha3..