Thursday, July 16, 2009

WAJAH HARI INI...... KHAMIS (16/7/2009) .....


Nilah penampilanku ke sekolah ari ni. simple tp tetap ceria... hehehe.....cuma gambar ni menggambarkan riak wajah letih pada empunya diri, maklumlh hari ni jadual P&P ku padat ckit..
Banyaknye pengalaman bila bergelar pendidik nih. Dulu kita diajar tulis baca oleh guru2 sekarang kita pula yang pikul tanggungjawab tu untuk mendidik anak bangsa tercinta.....
Rase berbeza sangat zaman menuntut ilmu dulu dengan sekarang yang dah berkerjaya. Klu dulu mengadap buku untuk exam, skrg mengadap muka anak2 didik tercinta demi mencurahkan ilmu yang sedikit untuk dijadikan pedoman
Berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar nih sedikit sebanyak menceriakan hidupku. Apatah lagi bila mengajar tahap satu nih. pelbagai keletah mereka yang mencuit hati. Ade je kerenah mereka yang membuatkb aku tersenyum. Kadang2 tu nk marah pun tak jadi. macam2lh murid2ku ni...
Sayang jgk rase klu suatu hari nanti aku harus berpindah ke sekolah lain. Teringin sangat rasenye nk tengok pencapaian murid2ku hingga mereka melangkah ke peringkat menengah. Terutamanya murid2ku yg kini di tahun 3. Ingin aku tengok sejauh mane celik Al-Quran dikalangan mereka, penguasaan Bahasa Arab dan Jawi. Mereka ni murid sulungku.
Walau ape pun aku akan tetap mendoakan kejayaan mereka di Dunia dan di Akhirat.....

Saturday, July 11, 2009

BESTNYER.... MANDI SUNGAI...

Lama x mandi sungai, hari ni dptlh berendam dalam sungai sepuas2nye smbil release tension. sungai ni dkt je ngn rumahku lbh krg 10 minit je. kami pi sungai lbh kurang kul 11.15 pg lps siapkn semua rutin harianku di rumah. kul 1 bru blk rmh. mmg best......

Seiras tak? ramai yang kata anak sedaraku yg ni seiras dgn cik ma nye.


ni iwan n adiknye rozaimi.. seronok mereka mandi sungai. maklumlh jarang2 balik kampung. mereka cakap x best klu blk kuala krai klu x dpr mandi sungai. sebelum dtg lg mereka dah call mak sedara dia ni ckp blk kuala krai nk ajak cik ma g mandi sungai.

yg ni adikku yg kelima, nick name dia amin.. adikku yg ni klu bab mandi sungai mmg no 1.. x pernah jwb tidak klu ajak pi sungai..




MAJLIS CUKUR JAMBUL IBNU UKHTI......

sompat lg ni berposing sblm drive. sbnrnye gambar ni diambil sblm bertolak ke tanah merah. aku bertolak dari rumah lbh kurang pd pukul 9.30 pg. Majlis cukur jambul diadakan di rmh abang iparku kat Bukit Panau, Tanah Merah. Sebelum ke Bukit Panau aku singgah dulu ambik kakakku kat Kampung Sat, Tanah Merah. tp sompat jgk mkn nasi dulu sb dh lapar mklmlh mlm tu ku x mkn.
Nilh gmbr empunya diri bg majlis ni iaitu Mohd Aqil Fitri bin Mohd Saufi. baru berusia 22 hari. Comel kan mcm mak sedare dia. hehehe....
Adik Aqil diarak semasa majlis cukur jambul berlangsung. Majlis diadakn slps solat jumaat lbh krg pd jam 2.30 ptg.

Aku bertolak pulang ke Kuala Krai pd pukul 3.30 ptg. Terpaksa pulang awal sebab adikku yang kedua n ketiga kn bertolak ke Seremban mlm tu, naik keretapi pd jam 8 mlm. aku sampai rmh pd jam 5 petang. sempat rehat kejap, kul 7.15 mlm bertolak ke stesen keretpi kuala krai. slps semuanya selesai blk rmh aku terus tido sbb terlalu penat...






Wednesday, July 8, 2009

DIARI SEBUAH KEHIDUPAN...

Perjalanan hidup kita ibarat satu roda yang sering berputar. Destinasi yang sentiasa berubah mengikut pusingan roda. Semakin lama ia berpusing, semakin jauhlh perjalanan kita. Dan tak mungkin bg setiap destinasi itu situasi yang sama.

Peredaran masa mengubah segala2nya, samada Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual. Dari pemikiran kanak2 mejadi lebih dewasa dan lebih matang. Dpt membezakn antara yang baik dan yang buruk dengan pertimbangan akal yang bertunjangkan penghayatan dan keimanan pada Yang Maha Agung.

Betapa indahnya ciptaan Allah untuk manusia, dikurniakn akal untuk berfikir, membuat penilaian, membuat keputusan agar tindakan yang dibuat tidak mengikut nafsu semata.

Alam perkahwinan akan ditempuhi oleh semua tanpa mengira umur, pangkat dan darjat. Perkara yng paling utama adalah pertimbangan akal dan keimanan kepada Allah memainkan peranan utama. Sikap saling bertolak ansur, saling percaya mempercayai, saling hormat menghormati, saling sayang menyayangi, saling nasihat menasihati amat penting dalam rumahtangga. Isteri yang taat pada suami selagi tidak bertentangan dengan syara’ dan suami yang sedia menerima teguran Dan nasihat dari isteri akan mengekalkan kebahagiaan sebuah mahligai yang dibina. Dalam kehidupan yang bergelar muslim dan muslimah yang paling penting adalah kasih yang disemai seiring dengan kasih pada Pencipta Rabbul ‘Izzati.

Ini cuma pendapat dari yusma yang masih lagi terlalu muda dlm menilai erti kehidupan. Mungkin pembaca blog An-Nur ni yg dah lma mengenal erti kehidupan blh lh berkonsi pendapat.. sekali imbas ianya seolah2 mudah untuk diamalkn, tp segala2nya terpulang pada pengalaman masing2. Semua ni hasil perkongsian pendapat dengan insan2 yg telah lama mengharungi pelbagai kisah kehidupan.

Walau ape pun, bg yusma hati kita adalah tunjang utama bagi segala2nya. Ape yang difikirkn oleh akal lahir dari hati dan perbuatan yang zahir itu datangnya dari hati dan akal. Jd sama2lh kita mendekatkn diri pada Yang Maha Kuasa agar ape yang kita lakukan mendapat Rahmat dan Redha Ilahi.

Buat insan yang teristimewa, yusma sgt bersyukur dipetemukan dengan insan sepertimu, kehadiranmu amat bermakna buatku. Terima kasih kerana sudi menerima yusma seadanya. Keikhlasan abg amat yusma sanjungi. Yusma mengharapkan agar abang bimbinglh dan didiklh yusma bila kita selamat diijabkabulkan kelak. Agar mahligai yang kita bina sentiasa di bawah Rahmat, Redha dan Lindungan Yang Maha Esa.. Insya Allah……………………………….

Monday, July 6, 2009

SALAM SEMUA.......

salam semua... ape khabar? harap2 semuanyer sihatlh yer. Lama yusma menyepi tak update blog ni... bukan ape sibuk ckit n x de idea untuk dikongsi n diceritakan... ape2 pun terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi jenguk blog An-Nur ni.

NUKILAN HATI BUAT INSAN BERNAMA (N... ...M)

Buatmu insan bernama ( N… …M)
Telah tersurat di luh mahfuz kita akan bertemu
Telah tercatat kita akan saling melengkapi
Telah termaktub kita akan disatukan
Berwalikan ayahanda seiring redha Yang Maha Kuasa

( N… …M)
Ku syukuri dengan pertemuan ini
Ku sanjungi penerimaanmu yang ikhlas
Ku hargai kasih yang kau berikan
Ku harapkan kasih ini disulami dengan kasih pada Pencipta Yang Maha Agung
Yang takkan padam walau badai melanda

Padamu (N… …M)
Bila kita selamat diijab kabulkan kelak
Bimbinglah dan didiklah daku
Agar menjadi isteri yang solehah
Agar menjadi isteri yang taat pada suami
Agar menjadi isteri yag taat pada Pencipta Rabbul Alamin
Ku inginkan redha Allah dan redhamu jua

( N… …M)
Restu ayahanda dan bonda tercinta mengiringi kita
Redha dan Rahmat dari Ilahi sama-sama kita pohonkan
Agar kasih yang terbina
Agar mahligai yang dibina
Sentiasa dengan Rahmat dan Redha dari Ilahi

( N… …M)
Moga mahligai kasih yang akan kita bina
Disulami dan dihiasi dengan kasih pada Yang Maha Esa.
Agar sinar bahagia menyinari kita
Kebahagiaan Dunia jua Kebahagiaan Akhirat yang kekal abadi