Tuesday, December 22, 2009

TARIKH BERSEJARAH (29 NOVEMBER 2009)













Ikatan kasih termeterai kini, dua hati menjadi satu, moga kasih yang bersemi tetap subur bersama Rahmat Yang Maha Kuasa.

Dengan sekali lafaz sahlah kini Yusma bergelar isteri kepada insan yang amat istimewa iaitu Noor Imam bin Mohammed.
Ya Allah Ya Tuhan kami
jadikanlah rumah tangga kami ini
seindah rumahtangga Adam & Hawa A.S
setabah Ibrahim & Hajar A.S
sebahagia Yusuf & Zulaikha A.S
sesetia Sulaiman & Balqis A.S
sesuci Muhammad S.A.W & Siti Khadijah A.S
murahkanlah rezeki kami
panjangkanlah umur kami
dekatkanlah kami kepada kebaikan
jauhkanlah kami dari keburukan
kurniakanlah kami kebahagiaan dunia dan akhirat
amin ya rabbal alamin

PADA SEMUA SAHABAT DAN TAULAN DOAKAN KEBAHAGIAAN YUSMA HINGGA KE AKHIRNYA YER.

Wednesday, July 8, 2009

DIARI SEBUAH KEHIDUPAN...

Perjalanan hidup kita ibarat satu roda yang sering berputar. Destinasi yang sentiasa berubah mengikut pusingan roda. Semakin lama ia berpusing, semakin jauhlh perjalanan kita. Dan tak mungkin bg setiap destinasi itu situasi yang sama.

Peredaran masa mengubah segala2nya, samada Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual. Dari pemikiran kanak2 mejadi lebih dewasa dan lebih matang. Dpt membezakn antara yang baik dan yang buruk dengan pertimbangan akal yang bertunjangkan penghayatan dan keimanan pada Yang Maha Agung.

Betapa indahnya ciptaan Allah untuk manusia, dikurniakn akal untuk berfikir, membuat penilaian, membuat keputusan agar tindakan yang dibuat tidak mengikut nafsu semata.

Alam perkahwinan akan ditempuhi oleh semua tanpa mengira umur, pangkat dan darjat. Perkara yng paling utama adalah pertimbangan akal dan keimanan kepada Allah memainkan peranan utama. Sikap saling bertolak ansur, saling percaya mempercayai, saling hormat menghormati, saling sayang menyayangi, saling nasihat menasihati amat penting dalam rumahtangga. Isteri yang taat pada suami selagi tidak bertentangan dengan syara’ dan suami yang sedia menerima teguran Dan nasihat dari isteri akan mengekalkan kebahagiaan sebuah mahligai yang dibina. Dalam kehidupan yang bergelar muslim dan muslimah yang paling penting adalah kasih yang disemai seiring dengan kasih pada Pencipta Rabbul ‘Izzati.

Ini cuma pendapat dari yusma yang masih lagi terlalu muda dlm menilai erti kehidupan. Mungkin pembaca blog An-Nur ni yg dah lma mengenal erti kehidupan blh lh berkonsi pendapat.. sekali imbas ianya seolah2 mudah untuk diamalkn, tp segala2nya terpulang pada pengalaman masing2. Semua ni hasil perkongsian pendapat dengan insan2 yg telah lama mengharungi pelbagai kisah kehidupan.

Walau ape pun, bg yusma hati kita adalah tunjang utama bagi segala2nya. Ape yang difikirkn oleh akal lahir dari hati dan perbuatan yang zahir itu datangnya dari hati dan akal. Jd sama2lh kita mendekatkn diri pada Yang Maha Kuasa agar ape yang kita lakukan mendapat Rahmat dan Redha Ilahi.

Buat insan yang teristimewa, yusma sgt bersyukur dipetemukan dengan insan sepertimu, kehadiranmu amat bermakna buatku. Terima kasih kerana sudi menerima yusma seadanya. Keikhlasan abg amat yusma sanjungi. Yusma mengharapkan agar abang bimbinglh dan didiklh yusma bila kita selamat diijabkabulkan kelak. Agar mahligai yang kita bina sentiasa di bawah Rahmat, Redha dan Lindungan Yang Maha Esa.. Insya Allah……………………………….

Monday, July 6, 2009

SALAM SEMUA.......

salam semua... ape khabar? harap2 semuanyer sihatlh yer. Lama yusma menyepi tak update blog ni... bukan ape sibuk ckit n x de idea untuk dikongsi n diceritakan... ape2 pun terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi jenguk blog An-Nur ni.

NUKILAN HATI BUAT INSAN BERNAMA (N... ...M)

Buatmu insan bernama ( N… …M)
Telah tersurat di luh mahfuz kita akan bertemu
Telah tercatat kita akan saling melengkapi
Telah termaktub kita akan disatukan
Berwalikan ayahanda seiring redha Yang Maha Kuasa

( N… …M)
Ku syukuri dengan pertemuan ini
Ku sanjungi penerimaanmu yang ikhlas
Ku hargai kasih yang kau berikan
Ku harapkan kasih ini disulami dengan kasih pada Pencipta Yang Maha Agung
Yang takkan padam walau badai melanda

Padamu (N… …M)
Bila kita selamat diijab kabulkan kelak
Bimbinglah dan didiklah daku
Agar menjadi isteri yang solehah
Agar menjadi isteri yang taat pada suami
Agar menjadi isteri yag taat pada Pencipta Rabbul Alamin
Ku inginkan redha Allah dan redhamu jua

( N… …M)
Restu ayahanda dan bonda tercinta mengiringi kita
Redha dan Rahmat dari Ilahi sama-sama kita pohonkan
Agar kasih yang terbina
Agar mahligai yang dibina
Sentiasa dengan Rahmat dan Redha dari Ilahi

( N… …M)
Moga mahligai kasih yang akan kita bina
Disulami dan dihiasi dengan kasih pada Yang Maha Esa.
Agar sinar bahagia menyinari kita
Kebahagiaan Dunia jua Kebahagiaan Akhirat yang kekal abadi



Wednesday, June 10, 2009

RONDA2 CUTI SEKOLAH....

Hari ni masuklh hari ketiga ronda2 cuti sekolah.. saje nk test drive gen 2 cekap ke tak.. ha3... hari pertama (Ahad) pi ronda2 kat bachok, pi rmh kawan kawin, tp x de gmbr. brtolah dr rmh kul 9 pg, blk rmh kul 9 mlm. nasib baik kwnku mariani tido kat rmhku. pg tu pi ambik dia kat kg Bendang Nyior Tanah Merah bru bertolak ke Bachok. jauh perjalanan tu... tp x pe best.. he3.. hari kedua plk (Isnin) pi bandar kota bharu, temankan mariani pi cari baju batik.. maklumlh sekali sekala balik kelantan ni ramai yang kirim baju batik n tudung.. oppps... lupa nk bgi tahu, Mariani ni my best friend mase bljr kat KUIM dulu lg.. skrg bertugas di Tawau Sabah.. guru jqaf disane.. jauh dia kena merantau, tp x pe, jauh perjalanan luas pengalaman... betul x? berbalik pd cite td, hari kedua ni bertolak dr rmhku sbb mariani bermalam kat my house d k.krai. pg tu kami bertolak dr rmh kul 10 pagi, kami ke pejabat tanah k.krai, temankan aku pi byr hasil tanah ayahku.. jenuh den beratur, ramai sgt org... lbh kurang kul 11.45 bru dpt giliran den ke kaunter. lenguh kakiku berdiri.. dr pejabat tanah kami ke Kg Rahmat kat jln kuala krai-gua musang. giliran aku plk temankan Mariani pi rmh kawan dia ( k.ti) yg sama2 bertugas di sabah. pi tgk babynye yg bru je berusia 10 hari.. comel sungguh ank k.ti.. tahniah k.t slps dua tahun menunggu akhirnya dptlh cahaya mata yg pertama. name baby tu den lupalh.. hehe... dr rmh k.ti lbh kurang kul 1.00 kami bertolak ke KB, lbh kurang kul 2.30 sampai Kb. Solat zohor kat surau tingkat atas bangunan Jaafar Rawas... slps solat brulh ronda2 cri tudung dan baju batik yg dipesan... kul 5.30 kami mkn n solat asar. lbh kurang kul 6.15 bru bertolak pulang... kul 8 sampailh kami kat k.rai. sampai je rmh bkln elektrik x de.. terpaksalh bertemankn lilin je mkn mlm. kul 9.30 mlm, aku, mak n ayah bertolak ke tnh merah hantar mariani.. sesampai je di sana kami di hidang dgn pulut durian... besttttt... kul 12 bertolak pulang.. kul 1 pg sampai rmh... terkejut mariani aku sms dia bg thu dh sampai rmh.. 1 jam je dr bendang nyior ke rumahku.. hehe.. biaselh tu.... dan hari ni ( Khamis ) hari ketiga aku dan mariani ronda2 cuti sekolah.. lbh kurang kul 10 aku bertolak ke bendang nyior ambk mariani, kul 11 sampai, lbh kurang kul 11.15 bertolak ke pengkalan chepa... destinasi pertama kami di Rumah anak2 yatim Rumah Putri Harapan (RPH) kat jln sabariah dkt je ngn Taman Tengku Anis.. di sinilh tempat aku, mariani, K.hayati, ani dan zila menjalani praktikal selama 3 bln ketika bljr di tahun ke dua di KUIM dulu ( tahun 2004) skrg dah pun tahun 2009 bru sempat kami ziarah RPH. slps tu kami ke IPKB, pi ambik sijil BTN dan sijil KISSM. kul 3.30 bertolak pulang dr Pengkalan Chepa ke tanah merah melalui pasir mas.. kul 5.15 sampai rmh mariani. rehat jap kul 5.30 aku truskn lg pengembaraan pulang ke Kuala Krai. sampai krai kul 6.15 tiba di kuala krai, aku trus ke pasar mlm kat bandar krai, bli ape yg patut utk bwa pulang. kira2 kul 7.30 bru sampai rmh... penat jgk, tp x lh penat sgt.... berjalan sakan aku cuti sekolah kali ni.. hehehe...
ni lh dia Ayah wan, pengetua RPH, aku tgk ayah wan tak berubah langsung walau lama x jumpa.. syukur juga sbb ayah wan masih lg cam kami walau lama x jumpa.. katanye dia akn cri satu tarikh yg sesuai utk kumpulkn semua pljr2 yg pernah menjalani latihan Amali di sini... terima kasih Ayah wan sbb masih igtkn kami semua...
yg bertudung hijau tulh mariani, my best friend, ratu fakulti kepimpinan dan pengurusan (usim) hehe.. sblhnye pla kak ani, staff yg paling rapat dgn kami time prktikal dulu..
yg ni pla Putri An-ur dan Kak ani... hehe.. jgn mrh yer...


dan yg ni putri an-nur dan kak da, juga staff di RPH...

Tamatlh kisah ronda2 cuti sekolah aku dan mariani... hahaha....



Saturday, June 6, 2009

KISAH 4 JUN 2009 ( KHAMIS )

Gambar ni diambil sebelum rombongan lelaki sampai...
hehehe... jgn marah yer, sebenarnye gambar tadi diambil sebelum rombongan pengantin lelaki utk mjls kawin sepupu den tiba. bukan rombongan lelaki utk majlis den.. ni nak ambik berkatlh ni, mane tahu lps ni den plk ke. ha3... doa2kanlh yer, semoga saye pun ke jinjang pelamin tahun ni... selamat pengantin baru kak ina, semoga berbahagia selamanya.. tp frust jgklh sebab x sempat nk tengok sepupu iparku. aku bertolak pulang sebelum rombongan tiba, maklumlh byk lagi destinasi yg ingin dituju selepas tu...

yg ni plk, gambar sebelum bertolak, masuk gen 2 trus klik camera kesayanganku.. hehe... sompat lg berposing sblm drive.. ha3... kami bertolak dr rmh lbh kurang kul 10 pg, singgah mkn jap kat bukit cina, best masakan dia, aku order mee sup kegemaranku, mak ayah n adik2 order nasi ayam bakar, ayah plk tambah sup perut... kedai mkn ni mmg tumpuan keluargaku klu destinasi menuju ke kota bharu... mmg sedap masakan dia.. x caye cubalh p mkn sana... gerenti pergi lg.. he2... lps mkn singgah plk rmh mak sedara aku kat kok lanas, lps tu rmh mak sedara kat melor, dr melur ke rumah mak sedara kat bukit marok (tiga2 ni mak sedara sblh ayahku ), dr bukit marok brulh kami bertolak ke beris kubur besar, rumah sepupuku k.ina yg gmbr kawin kat atastu, ni rmh bapa sedara sblh mak den.. aku dgn k.ina ni mmg rapat berbanding dgn sepupu2ku yg lain. mgkin sbb perangai kami hampir same sbb tu blh ngam.. hehe... dr rumah k.ina ni plk trus bertolak ke Telong rmh kakakku ( adik beradik sebapa), dr telong ke beris lalang rumah mak sedara sblh mak.. lbh kurang kul 10 mlm bertolak pulang ke k.krai, prncgn awal nk g jln2 tok bali tp memandangkn dah lewat sgt trus blk k.krai.... sampai rmh lbh kurang kul 11.30 mlm... fuh... ltih bangat dong, tp best jgk g jln2 ni.. hehehe.... jauh perjalanan bla dh ade gen2 ni... he2....



Wednesday, June 3, 2009

KEPUTUSAN TEMUDUGA SPP ( DG41)

Pada yang telah menghadiri temuduga untuk pengesahan lantikan DG41 pada bln April lps blh lh membuat semakan online di laman web SPP hari ini.... keputusan telah pun diumumkan... bagi ku Alhamdulillah. dh lulus temuduga tu... bimbang jgk tkt kne interview lg. tak nak den.. takuut.. hehe.. cukup lh sekali... pada kawan2 semua, semak ye jgn tak semak.. Insya Allah....Semoga semuanya lulus.. Amiin...