Ramai yang mencari apa itu cinta sejati? Cinta sejati sentiasa dicari kerana ianya akan kekal selamanya dihati. Dengan mengingatinya jiwa terasa tenang, bahagia dan gembira. Cinta sesama manusia akan lebih utuh andai disirami dan dibajai dengan cinta pada yang maha esa, menyusuri onak dan liku kehidupan dengan rahmat dan redha yang Maha Kuasa. Itulah kemanisan dan kenikmatan cinta sejati yang kekal abadi.
Cinta sejati sentiasa di hati
Ianya tetap utuh walau badai melanda
NamaNya sentiasa terpahat di hati
Takkan rugi dengan sentiasa mengingatinya
Apatah lagi mengagungkannya
Setiap saat bibir menuturkan namanya
Esok yang mendatang pasti bahagia
Jalan keimanan disusuri bersama
Agar hidup sentiasa dalam Rahmatnya
Takkan goyah iman di dada
Itulh dia cinta pada yang maha esa.
Tuhanku, janganlah Kau menjauh
Hatiku selalu rindu untuk bertemu denganMuTuhanku,
bimbinglah daku dalam cintaMu
Tunjukkanlah padaku jalan kebenaran
Siramilah jiwa ini dengan kasih sayangMu
Agar dapat kupetik buah cintaMu yang abadi dalam hidupku
Semua kata cinta di dalam dunia ini
akan kubungkus dan kurangkai di dalam cintaMu
Menjadi sebuah cinta yang sejati
Tuhanku, aku hanya hambaMu yang lemah dan tiada berdaya
Mengharap damba dari segala damba dariMu
Janganlah hilangkan cintaMu dalam hatiku
Janganlah hilangkan kasihMu dalam jiwaku
No comments:
Post a Comment