Mei akan melabuhkan tirainya beberapa hari lagi. Jun pula akan membuka lembarannya... Andai dihitung hari, semakin hari usia kita semakin meningkat. Dari zaman kanak2 akn melangkah zaman remaja, seterusnya dewasa dan tua. Sedarkah kita pada satu kalimah yang tak mungkin tercapai maksudnya hanye dengan menyebutnya… iaitu “IKHLAS.”. pernahkah kita terfikir……………….
Ikhlaskah kita dalam melakukan Sesuatu pekerjaan?
Ikhlaskah kita menyayangi seseorang?
Ikhlaskah kita dalam mengabdikan diri pada yang Maha Esa?
Ikhlaskah kita dalam setiap lafaz yang dibicarakan dalam doa pada yang maha esa?
Ikhlaskah kita dalam persahabatan?
Ikhlaskah kita dalam setiap tutur bicara kita?
Ikhlaskah kita berkorban demi ibu dan ayah tercinta?
Ikhlaskah kita menyayangi mereka?
Semuanya terlalu sukar untuk dijawab. Hanya Allah sahaja yang tahu sejauh mana keikhlasan kita. Kerana Dia lebih mengetahui apa yang tersirat dalam hati setiap hambaNYA. Nukilan ini hanyalah untuk sama2 kita muhasabah diri kita sendiri. Andai tercuit di hati satu keterpaksaan dalam melakukan semua itu cepat2lh kita beristighfar agar terasa nikmatnya kemanisan iman itu.. kerana dengan keikhlasan dan ketulusan hati jiwa akan terasa tenang. Sama2lah kita pupuk rase ikhlas dlm hati kita ini agar setiap amalan dan perbuatan yang dilakukan sentiasa di bawah Rahmat dan Redha Ilahi…. Terasa takutkan bila memikirkan kelak setiap amalan kita akan dihitung. Terasa bekalan belum mencukupi untuk menuju hari yang kekal abadi . sama2 lah kita persiapkan diri kita dengan amal soleh sebagai bekalan menghadap yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment